Thursday, February 4, 2010

Tutuplah Auratmu Sebelum Kain Kafan Membaluti Tubuhmu



From: Shuhaila Ahmad Khair
Assalamualaikum. .

just nak berikan pendapat. orang yang bertudung tapi still pakai
baju ketat ni memang sebenarnya tak elok. di samping tak penuhi kehendak
syarak dia orang ni sekaligus menjatuhkan imej orang bertudung. sebab tu
respect orang kat perempuan yang bertudung dah hilang. pada saya,
orang macam ni mungkin tak faham hakikat tudung ni. mereka tak anggap
bertudung sebagai satu aktiviti dakwah kecil yang besar manfaatnya pada
Islam.
kat sini saya nak kongsi satu cerita yang saya dapat dari satu
laman web. (dah diubah suai sebab bhs indon)



KISAH BENAR
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa,
seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka
berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.



Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu
merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,
ibu telah meminta adik memakai tudung.
Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu
masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, cuba mama tengok,
jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi
perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak
pakai tudung, tak pernah buat macam tu!



Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.
Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya “Ya Allah,
kenalkan annisa dengan hukumMu.”



Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa
lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai
isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang
menggelarnya si buta, bisu dan tuli.



Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada
saya, abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,
bisu dan tuli?
Lalu saya menjawab sambil lewa, kalau nak tau sangat, pergi
rumah mereka, tanya sendiri Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar
mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau
lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?



Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.
tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula
tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT
kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib
kerana dia berubah seratus peratus!



Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya
lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia
suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..



Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu
memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di
beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.



Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, Dhi, adik
boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya..air mata
ini tak dapat ditahan lagi...



Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk
ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka
sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak
misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..



Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu
khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya
seperti ini:



Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas
airmata)
Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti
bidadari
mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik



Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati



Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik
Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik
Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh
menolaknya?
Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya
melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai
tudung.. pendapat mak cik bagaimana?



Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..



Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang
kelakuannya tak elok..



Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang
tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan
untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain
Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan
menyinari hati kamu..
tulah hakikat tudung



Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat
semua tu?



Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah
kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat
, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk
melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh
kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh
yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang
tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta
ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT
murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar
yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak
berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha
Kuat , Yang Maha Agung. . . . . Allah SWT .



Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu buta , tuli dan bisu..
wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita
yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka
Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu
yang mengundang dosa dan sia sia



Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin



Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita
semua. Wassalam...

Wednesday, February 3, 2010

Jangan Tiru Inche' Zuljaushan!!

 
Sapa dia Zuljaushan ni..?

Haaa...

Nama pun dah ala-ala menarik dan tertarik kan...?

Lets see...

Beliau adalah seorang sahabat Nabi SAW. Nama penuhnya seperti dalam IC adalah Zuljaushan al-Dhabbabiy. Untuk memudahkan urusan tulis-menulis dan ingat-mengingat, kita akan panggil dia Zuljaushan sahaja.

Eh, kalau dia sahabat Nabi SAW, kenapa saya cakap jangan jadi macam dia..? Anda bertanya. Bukankah kita kena sentiasa mencontohi dan mengikuti para sahabat Nabi SAW? Anda bertanya lagi.

Haaa, bukan semua sahabat Nabi SAW yang perlu kita contohi. Gelaran sahabat ni diberikan kepada setiap orang Muslim di zaman Nabi SAW, yang pernah berjumpa dengan baginda SAW. Jadi, tak semestinya semua orang yang pernah kenal dan jumpa Nabi SAW ketika itu adalah qudwah hasanah yang perlu kita ikuti.

Apa yang menarik sangat pasal Zuljaushan ni..? Kenapa tak boleh jadi macam dia?

Kisahnya begini...

Selepas Perang Badar, Nabi SAW datang berjumpa dengan Zuljaushan ni dengan niat untuk mengajaknya kepada Islam. Obviously la Zuljaushan masih belum memeluk Islam ketika tu. Tapi Nabi SAW tidak terus mengajaknya kepada Islam. As in, Nabi SAW takde la tanya,

"Adakah kamu mahu memeluk Islam?"

atau

"Jom peluk Islam..??"

dan bukan juga...

"Islam pasti menang suatu hari nanti dan Islam adalah agama yang benar. Kamu berminat?"

Tidak. Tetapi Nabi SAW menggunakan taktik yang lebih licik, menarik dan bijak sekali. Nabi SAW bertanya kepada Zuljaushan,

"Mahukah kamu menjadi salah seorang di kalangan orang-orang yang pertama?"

Sangat menarik sebenarnya sekiranya kita memikirkan dengan mendalam mengapa Nabi SAW bertanya sedemikian rupa dan bukannya dengan pertanyaan-pertanya an yang lain.

Fikirkan.... Antara kita semua ni, berapa ramai yang suka dan kalau boleh, sentiasa nak jadi orang yang pertama...? Tak kiralah dalam hal apa pun.

Dalam peperiksaan akhir tahun darjah tiga ke...

Atau dalam pertandingan lari dalam guni ketika tadika ke...

Atau ketika nak beratur buat IC di Jabatan Pendaftaran Negara ke...

Atau ketika berebut-rebut untuk membeli belah ketika Boxing Day untuk mendapatkan kasut saiz 9 yang limited edition ke...

Atau ketika bangun pagi dan berlari ke jamban dan bilik air sewaktu di asrama dahulu...

Anda pasti dan sentiasa suka untuk menjadi yang pertama. Betul tak..? Memang fitrah dan sunnatullah manusia tu, sangat suka dan menanam cita-cita untuk sentiasa berada di depan dan menjadi yang utama dan teratas. Kalau tidak boleh dalam segala hal dan segi, at least adalah some areas yang mereka boleh jadi yang pertama.

So Nabi SAW, seorang super-murabbi yang sangat kenal dan arif akan perilaku dan sifat seorang manusia tu, menggunakan strategi mengetuk hati yang sangat hebat sebenarnya. Bagaimana baginda SAW, ketika berjumpa dengan seorang manusia yang masih belum mengenal Islam, menggunakan kaedah yang cukup lembut dan 'basah' untuk menyentuh hatinya dengan harapan Zuljaushan akan tertarik dengan pelawaan itu.

Malangnya, Zuljaushan tidak mahu menjadi di kalangan orang yang pertama dalam menegakkan Islam. Malah, dia menjawab,

"Tidak, aku akan lihat dahulu. Sekiranya kau menang, aku akan ikut. Tapi sekiranya kau kalah, aku tidak akan mendapat apa-apa musibah"

Aduhai malangnya Zuljaushan.. . Sekiranya dia dapat melihat masa depan dan dapat melihat kemenangan agung Islam suatu hari nanti, sudah pasti di saat itu juga dia akan menerima pelawaan Nabi SAW itu.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhannu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat."
Surah an-Nasr, 109:1-3

Dan apa yang berlaku selepas itu...? Haa... Selepas pembukaan kota Mekah, Zuljaushan datang berjumpa Nabi SAW dan terus mengucapkan syahadah, bagi menyatakan keIslamannya.

Tetapi ketika itu Islam sudah menang. Sudah ribuan orang memeluk Islam seperti Zuljaushan. Maka, tiada apa yang istimewanya dengan pengIslaman Zuljaushan. Dia sama sahaja seperti ribuan orang yang lain.

Samakah orang yang memeluk Islam lebih awal dengan yang terkemudian. .? Tidak.

Samakah orang yang bersama-sama Nabi SAW, bertungkus-lumus mempertahan agama Allah daripada dirobek dan dihancurkan dengan orang yang bersama Nabi SAW hanya ketika Islam sudah berada di puncaknya..? Tidak.

Dan adakah sama as-Saabiqun al-Awwalun dengan as-Saabiqun al-Akhirun.. .? Sudah semestinya tidak.

Diceritakan juga bagaimana Zuljaushan, ketika hendak berjumpa Nabi SAW dilihat menggigit jari-jemarinya tanda penyesalan yang amat kerana menolak pelawaan Nabi SAW untuk menjadi dalam kalangan yang pertama sewaktu ketika dahulu.

Ops... Minta maaf. Nasi sudah menjadi bubur!

So kita macam mana..? Mahukah kita menjadi seperti Zuljaushan.. ? Sudah tentu tidak.

Tapi sedar tak sedar, ramai antara kita yang sebenarnya dalam proses menjadi seperti Zuljaushan; dengan menolak pelawaan untuk meyebarkan agama Allah ketika mana Islam berada di tempat yang hina dan lemah, tetapi pantas menyertai kenderaan dakwah seandainya Islam itu berada di puncak. Tidak mahu bersusah payah berpenat lelah, hanya mahu bersenang-lenang, duduk di sofa yang empuk sambil minum teh o' ais limau dan makan karipap panas.

Ramai antara kita yang segan dan berasa berat untuk menaiki keretapi yang sudah berhenti di depan mata, dengan harapan masih banyak lagi keretapi yang akan tiba nanti. Tapi bagaimana kalau keretapi yang berhenti di depan mata adalah keretapi yang terakhir? Tidak ada lagi keretapi yang akan berhenti selepas ini..? Ingat! Keretapi akan tetap tiba di destinasi, sama ada kita menaikinya atau tidak! Tetapi rugilah kita kalau keretapi tiba di destinasi tanpa kita di dalamnya..! Lagi rugilah kita seandainya keretapi yang berlalu pergi di depan mata adalah keretapi yang terakhir, tidak ada lagi selepasnya!

Ayuh! Marilah kita melaksanakan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini! Jom kita lasso keluarga kita, kawan-kawan kita dan orang-orang yang dekat dengan kita untuk bersama-sama menegakkan agama Allah. Jangan sampai Allah menggantikan kita dengan kaum yang lain, kerana kita semua nak jadi macam Zuljaushan! Wal i'ya dzubillah..

"Dan Alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang yang yakin."
Surah as-Sajadah, 32:12

Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!

Jom kita jadi golongan yang pertama!

Jangan jadi seperti Zuljaushan.. .!

Allahu 'alam.