Alhamdulillah, genap 20 tahun ana masih diberi peluang untuk bernafas, melihat, mendengar,berjalan,merangkak, dan byk lagi nikmat yang diberi oleh tuhan sekelian alam iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pemberian nikmat ini hanya disedari bg hamba2nya yg diizin oleh-Nya sahaja, manakala ramai lagi masih leka dan alpa yg menjadi tugasan bg setiap muslim(termasuk diri ini) utk menyedarkn mereka yang masih meraba2 dlm kegelapan.
Sebenarnya ucapan ini agak lambat sehari tp sekurang2nye masih terdetik utk post bg mengingatkn diri ini yg sebenarnya semakin besar semakin besar bebanan yg harus di pikul...bkn disebabkn bebanan isteri,anak atau cucu tetapi dosa2 dan tugasan2 yg terlalu byk dan berat dgn pelbagai cubaan,dugaan dn cabaran di alam siber skrg...Dan kpd Allah shj lah tp meminta pertolongan..والله المستعان
Sanah hilwah ya JAMIL..hehe :-p
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga ia mengubah dirinya sendiri..."
Wednesday, September 9, 2009
Thursday, September 3, 2009
AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?
Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”
Sunday, August 16, 2009
sa'naa memanggil..

MAKLUMAT PENGAJIAN DI UNIVERSITI AL-IMAN
A). KEISTIMEWAANKeistimewaan Ilmiyah:
1. Terdapat tiga jabatan pengajian yang tidak terdapat di mana-mana universiti lain di dunia kecuali di sini iaitu; Jabatan Tazkiyah, Jabatan Iman dan Jabatan Pengajian Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Sebahagian buku teks pengajian diberikan secara percuma.
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat fardhu Subuh.
4. Semua mahasiswa tidak akan tamat pengajian kecuali setelah menghafal 30 juz Al-Quran.
5. Universiti Al-Iman menyediakan pusat pengajian Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar antarabangsa (bukan Arab), sebagai persediaan bagi mereka sebelum memasuki kuliyah.
6. Dewan kuliyah mahasiswa dan mahasiswi adalah berasingan, mahasiswi mengikuti kuliyah pengajian melalui sistem CCTV, mereka juga boleh berinteraksi dengan pensyarah melalui telefon.
7. Silibus pengajian adalah berasaskan kitab turath yang dipelajari sepenuhnya dari kulit ke kulit.
Keistimewaan dan Kemudahan:
1. Asrama bujang dan rumah kelamin (jika ada kekosongan) dan disediakan secara percuma di dalam kawasan kampus.
2. Kediaman pensyarah juga ditempatkan di dalam kawasan kampus bagi memudahkan mahasiswa mendampingi dan berinteraksi dengan mereka di luar waktu kuliyah.
3. Pusat jagaan kanak-kanak (nursery), tadika dan sekolah juga disediakan di dalam kawasan kampus.
4. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam disediakan secara percuma.
5. Sebuah pusat kesihatan (klinik) yang menyediakan rawatan secara percuma (ubat dibeli sendiri).
6. Menyediakan pengangkutan (bas) bagi mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di luar kampus dengan bayaran yang berpatutan.
B). SISTEM PENGAJIAN
1. Sistem pengajian berpandukan kepada Takwim Hijri.
2. Tahun pengajian terbahagi kepada 3 semester; semester pertama (Muharam-Rabiul Akhir), semester kedua (Jamadil Awal-Sya’ban), semester praktikal (Syawal-Zulkaedah).
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat Subuh sehingga sebelum Zohor setiap hari kecuali hari Jumaat.
4. Mahasiswa diwajibkan menghadiri semua kuliyah, jika kurang dari 85% kehadirannya bagi setiap subjek, dia tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan bagi subjek tersebut dan dianggap gagal.
5. Pengajian takhassus hanya bermula pada tahun 4 pengajian, nisbah pengajian subjek-subjek takhassus adalah 20% dari keseluruhan jam pengajian (dari tahun 4 – tahun 7).
6. Tempoh pengajian di universiti adalah selama 10 tahun Hijri dan terbahagi kepada dua peringkat:-
1 ) Peringkat Pertama (Marhalah Umum): Tempoh pengajian adalah selama 7 tahun. Walaubagaimanapun mahasiswa akan diberikan Ijazah Sarjana Muda selepas lulus pengajian Tahun 4, dan selepas tamat Tahun 7 serta menyempurnakan bahas takmiliy atau menduduki imtihan syamil, mahasiswa akan diberikan Ijazah Masyikhah (Sarjana).
2) Peringkat Kedua (Marhalah Takhassus ‘Aliyah): Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun. Mahasiswa yang tamat pengajian ini akan diberikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
C). BIDANG PENGAJIAN
Universiti Al-Iman mempunyai empat kuliyah (fakulti), setiap kuliyah mengandungi beberapa jabatan iaitu:
Kuliyah Al-Iman:
Jabatan QiraatJabatan Ulum Al-Quran
Jabatan Ulum Al-HadisJabatan Al-Iman
Jabatan Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran & As-Sunnah
Jabatan Tazkiyah dan Tarbiyah
Kuliyah Syari’ah:
Jabatan FiqhJabatan Usul Al-Fiqh
Jabatan Bahasa Arab
Jabatan Al-Qadha’ (Undang-Undang) [Khusus untuk siswa]
Kuliyah Dakwah dan Penyiaran:
Jabatan Dakwah
Jabatan Al-I’lam Al-Islami (Penyiaran Islam)
Kuliyah Ilmu Kemanusian:
Jabatan Siyasah Syar’iyah
Jabatan Mu’amalat dan Ekonomi Islam
Jabatan Ekonomi Rumahtangga [Khusus untuk siswi]
D). SYARAT PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN
1. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah menengah atau yang setaraf dengannya. Sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. http://www.itnm.com.my/) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).
2. Umur pemohon mestilah tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang dari 18 tahun.
3. Mendapatkan pengesahan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Yaman.
4. Mempunyai akhlak yang baik yang disokong oleh 2 orang yang dikenali oleh pihak universiti.
5. Mendapatkan surat sokongan daripada pihak kedutaan Malaysia di Yaman.
6. Mestilah sudah menghafal Al-Quran 5 juzuk akhir.
7. Menghadiri Kursus Orientasi selama sebulan (bulan Zulkaedah).
E).VISA PENGAJIAN
Visa belajar adalah sangat perlu kepada mahasiswa luar Yaman. Bagi mahasiswa yang baru tiba, mereka akan mendapat visa melancong selama tiga bulan dari pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a, Yaman.Pihak Universiti Al-Iman tidak mengeluarkan visa belajar, tetapi membenarkan mahasiswa untuk mengambil visa belajar di pusat-pusat pengajian yang lain di sekitar Sana’a.Tempoh visa belajar adalah setahun. Mahasiswa perlu memperbaharui visa belajar setiap hujung tahun.
F). ANGGARAN PERBELANJAAN
PENGURUSAN LELAKI BUJANG
Yuran Pengajian* --------USD 550
Pengurusan ---------------USD 150
Visa------------------------USD 70
Sewa rumah 3 bulan----USD 150
JUMLAH---------------USD 920
Kewangan boleh dijelaskan keseluruhannya sebaik sahaja tiba di Sana’a untuk pengurusan.
* Yuran pengajian ini adalah anggaran sahaja. Jika kurang dari anggaran ini, kami akan kembalikan semula wang kepada anda. Yuran pengajian ini adalah untuk pendaftaran di mana-mana institut pengajian bagi mengambil visa belajar.
G). MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Pendaftaran dibuka dari bulan Sya’ban sehingga Zulkaedah setiap tahun.
2. Pelajar perlu tiba di Yaman selewat-lewatnya pada bulan Ramadhan bagi tujuan pengurusan dan pendaftaran.
3. Pelajar yang baru berdaftar di Universiti Al-Iman tidak mendapat asrama kecuali setelah 3 bulan.
4. Pelajar yang baru akan ditempatkan di rumah sewa untuk sementara waktu (3 bulan).
5. Sepanjang masa musim orientasi, pelajar disediakan dengan program-program tarbawi seperti qiamullail, riadhah dan lain-lain.



ya Allah sampaikanlah kami bulan ramadhan
Subscribe to:
Posts (Atom)
