Monday, December 28, 2009

puasa hari asyura dan....IFTAR!!!.










      Assalamualaikum...agak lama juga tak update blog ni..sori bg sesiapa yg lawat blog ni tanpa sebarang update baru...

Pada hari ahad, 27 disember bersamaan 10 muharram yg lepas adalah hari a
syura bagi kaum2 muslimin/muslimat sedunia..bagi sesiapa yang
 tahu tentang sejarah dan keberkatan hari ini maka mereka tidak akan terlepas untuk berpuasa pada 10,11,12.

Bagi sesiapa yg telah berpuasa pada hari asyura tahniah
 bagi mereka, semoga dengan niat baik mereka utk dihapuskn dosa di maqbulkn Allah 
insya-Allah..

Tp bagi sesiapa yg tak berpuasa disebabkn tidak tahu atau lupa, x pe..insya-Allah kte sama2 letak niat utk puasa thn depan pulak kalau diizinkn-Nya..ameen :)

ana nk letak kelebihan2 dn sejarah 10 muharram utk mengingatkn diriku dn diri antum juga...insya-Allah


HARI ‘ASYUURAA’ ----- SEJARAH DAN KELEBIHAN

NYA

 

Perkataan

 ‘Asyuuraa’  (عاشوراء)diambil dari lafaz Al-‘Aasyir  (العاشر)yang membawa maksud sepuluh. Ini berketepatan dengan hari itu iaitu hari yang kesepuluh dari bulan Muharram. Dalam penggunaan istilah Islam, bilangan hari keesokannya diambil dari malam sebelumnya. Ini bermakna setelah berlalu malam ‘Asyuuraa’ barulah terbitnya fajar siang hari ‘Asyuuraa’. Ini bersesuaian juga dengan penggunaan pada bulan Ramadhan. Sebagai contoh, kita akan melalui malam ke-27, barulah keesokan harinya dinamakan hari ke-27 Ramadhan.

 SEJARAH PUASA HARI 'ASYUURAA’

 

عن عائشة قالت: كان قريش تصوموا عاشوراء في الجاهلية، وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه. فلما هاجر الى المدينة صامه وأمر بصيامه. فلما فرض شهر رمضان قال: من شاء صامه ومن شاء تركه.

(رواه البخاري ومسلم وأحمد ومالك وأبو داود  والترمذي وابن ماجه)

 

Dari Aisyah berkata: Kaum Quraisy mereka berpuasa ‘Asyuuraa’ pada zaman jahiliah, dan Rasulullah saw juga berpuasa. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah baginda berpuasa dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa. 

Apabila difardhukan puasa Ramadhan baginda berkata: Barangsiapa yang mahu berpuasa (‘Asyuuraa’) maka teruskanlah, barangsiapa yang tidak mahu maka tinggalkanlah.   (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Malik, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

 

عن ابن عباس قال: قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم عاشوراء، فقال: ما هذا؟ قالوا: يوم صالح، نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال النبي: أنا أحق بموسى منكم، فصامه وأمر بصيامه.   (رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبوداود وابن ماجه)

 

Dari Ibnu Abbas berkata: Setibanya Rasulullah saw di Madinah, dilihatnya penduduk Yahudi Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’. Bertanya Rasulullah: Apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari yang Allah swt menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Nabi Musa. Rasulullah berkata: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua. Maka berpuasalah Rasulullah dan disuruh sahabat yang lain berpuasa.  (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

 

++   Nabi saw berpuasa ‘Asyuuraa’ sebelum diangkat menjadi Rasul kerana mengikut adat penduduk Makkah. Sesudah menjadi Rasul, baginda berhenti dari berpuasa ‘Asyuuraa’ kerana menganggap ia adalah amalan jahiliah penduduk Makkah. Namun setelah tiba di Madinah, baginda mengetahui bahawa berpuasa ‘Asyuuraa’ merupakan daripada syariat Nabi Musa, maka baginda berpuasa dan disuruh juga sahabat yang lain. (Rujukan: Al-Muntaqa Syarah Muwattho’)

 ++  Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua…Kata-kata Rasulullah ini dituju kepada Yahudi Madinah. Mereka beriman dengan Nabi Musa, namun mereka merubah segala syariat Nabi Musa sewenangnya. Manakala Nabi Muhammad beriman dengan Nabi Musa, baginda mengikut syariat Nabi terdahulu selagi mana tidak diwahyukan perkara baru untuk menggantikan syariat tertentu yang terdahulu. (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

 

++  Sejarah membuktikan Baginda tiba di Madinah pada bulan Rabiul Awwal, maka bagaimana hadis ini menjelaskan baginda melihat penduduk Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’? Jawapannya, maklumat ini disingkap dari kata-kata sahabat, mereka berkongsi maklumat dengan Rasulullah tentang amalan penduduk Madinah. Maka apabila baginda mengetahui mereka mengamalkan puasa ‘Asyuuraa’, maka ditanyalah baginda dengan lebih lanjut. Maka tercetuslah hadis di atas. (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

KELEBIHAN BERPUASA HARI ‘ASYUURAA’

عن أبي قتادة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم يوم عرفة، فقال: يكفر السنة الماضية والباقية، وسئل عن صوم يوم عاشوراء، فقال: يكفر السنة الماضية، وسئل عن صوم يوم الإثنين، فقال: ذلك يوم ولدت فيه، وبعثت فيه، وأنزل علي فيه.  (رواه مسلم)

 Dari Abi Qatadah berkata: Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ditanya tentang puasa hari ‘Asyuuraa’, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lepas. Ditanya tentang puasa hari Isnin, baginda menjawab: Itulah hari aku dilahirkan, hari aku diangkat menjadi Rasul, dan hari diturunkan Al-Quran padaku buat kali pertama.  Riwayat Muslim


  Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil sahaja. Jika seseorang itu tidak mempunyai dosa kecil, moga-moga diringankan dosa besarnya. Jika tiada juga dia berdosa besar, akan diangkat darjat & martabatnya di sisi Allah azza wajalla --.

 

SUNNAH NABI DALAM BERPUASA ‘ASYUURAA’

 عن ابن عباس قال: لما صام رسول الله يوم عاشوراء، وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال: إذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع. قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله

.   (رواه مسلم وأبو داود)

 

Dari Ibnu Abbas berkata: Ketika Rasulullah saw berpuasa hari Asyuraa’ dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa juga, mereka berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani. Maka berkata Rasulullah: Jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa juga pada hari yang ke-9 pada tahun hadapan. Berkata Ibnu Abbas: Rasulullah saw tidak berkesempaian untuk menunaikannya kerana telah wafat sebelum itu.   (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

 ++  Pendapat Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad, disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan juga ke-10 berdasarkan pada hadis ini. (Rujukan: Taudih Al-Ahkam Min Bulughil Maram, karangan Abdullah Al-Bassaam)

 

++  Jika tidak berpuasa pada hari ke-9, disunatkan oleh mazhab Asy-Syafie untuk berpuasa pada hari ke-11. Malah Imam Asy-Syafie ada menyebut dalam kitab Al-Umm disunatkan juga berpuasa pada ketiga-tiga hari ini sekali gus, ke-9, ke-10 dan ke-11. Keempat-empat mazhab melainkan Al-Hanafiyyah mengatakan tiada salahnya berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja, tiada makruhnya sama sekali, ia dibolehkan. (Rujukan: Fiqhul Islam Wa Adillatuh karangan Wahbah Zuhailiy)

 ++  Maka kaedah berpuasa untuk hari ‘Asyuuraa’ mengikut keutamaan:

1)      Hari ke-9   hari ke-10   hari ke-11.

2)      Hari ke-9   hari ke-10.

3)      Hari ke-10.

       (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim) 

pada ahad lalu, alhamdulillah kami serumah telah berjaya berpuasa bersama dan iftar bersama...walaupun tak semua yang dapat bangun sahur pg tu, tapi dengan niat dan azam mereka yang kuat, akhirnya semua dapat tahan berpuasa sehingga sampai masa berbuka bersama...

sebelum hari ahad, 

kami telah dijemput oleh seorang ustaz untuk mengikuti program iftar yang dianjurkan uni. ulum wal teknologi,yaman dengan yuran seorang YR100(RM 2.00)..

kami beriftar bukan sahaja bersama kaum melayu disana..tetapi termasuk juga wafidin (org bukan arab) spt dari ukraine, tajikistan, sri lanka, iraq, arab dll..

     
          sekian...wassalam..:D

                      

 

Tuesday, December 22, 2009

barakallahulakuma...

Ana nk ucapkn tahniah dan mabruk buat akhi Qawiyul-azmi&ukt dr Hanna...moga dengan pernikahan ini membuahkn UM/KM/BM..insya-Allah...

moga keberkatan sampai ke anak cucu antuma...ameen

pernikahan mereka telah pun berlangsung pada 1 muharram bersamaan 21/12/09..


akhi Qawi dan ukht DR Hana

senyum jgn nda senyum... :D

*maaf gambar x byk..hanya ni yg ada kat FS...

Sunday, December 20, 2009

muqabalah...muqabalah..


                                                                                                                                                    
Bismillah...
insya-Allah muqabalah akan start esok, mohon doa utk ana sepanjang muqabalah dijalankan...doa sahabat utk sahabatnya adalah termasuk senarai doa yg senang dimaqbulkn Allah.. see ya after muqabalah..

Monday, December 7, 2009

keluhan....

Keluhan seorang daie

Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun,
adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku
andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat.
Berapa banyak usahaku ini
berbanding usaha Hassan al-Banna.

Layakkah aku untuk berasa letih?




Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah
menemui jalan buntu.

Namun,
adakah layak untuk aku kecewa?

Sedangkan Rasulullah S.A.W.
yang ditolak oleh kaum sendiri pun
tidak berputus asa dalam perjuangan.

siapalah aku untuk kecewa?



Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun,
layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk,
bagaimana dengan Imam Syafie',
Imam Ghazali
dan Imam Nawawi?
Apalah aku dibanding dgn mereka
yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini
apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.

Namun,
apalah erti kepedihan ini

dibandingkan dengan Bilal bin Rabah
yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?



Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar
yang dijalankan tidak diendahkan.

Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah,
hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya,
namun,
adakah baginda berputus asa?



Adakah kita selaku pendakwah ini
selalu mengeluh?
Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri,
kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah.
Kontrak seumur hidup.
Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.



Jadi,
mengapakah kita mengeluh?

Tiada alasan untukku berputus asa.



Hanya ada SATU jalan untukku.


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

tazkirah ilaina...


HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Belanjakanlah Harta Pada Jalan Kebajikan
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya sahabat-sahabat kita yang telah lalu telah pun meninggal dunia Allah tidak mengurangi martabat mereka dengan sebab cintanya kepada dunia, dan sesungguhnya kita juga memperolehi harta yang banyak, tidak ada tempat untuk menyimpannya melainkan didalam Tanah. Kalaulah tidak kerana Nabi saw. Telah melarang kita dari berdoa untuk mati, nescaya aku akan berdoa dengannya”. Kemudian kami datang kepada baginda disuatu ketika yang lain, sedang pada masa itu beliau sedang membina dinding, lalu Baginda pun bersabda, “ sesungguhnya seseorang muslim itu akan diberi pahala pada setiap perkara yang dibelanjakannya melainkan pada benda yang disimpannya dalam tanah, kerana melebihi dari keperluan”.
Riwayat al. Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Islam melarang mengumpul harta terlalu banyak untuk kepentingan diri sendiri. Sebaliknya ia digalakkan membelanjakannya untuk kebajikan semoga mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
2. Islam tidak melarang umatnya cintakan dunia dan mencari harta kekayaan yang banyak, asalkan harta-harta tersebut didapati dari unsur-unsur yang halal dan dibelanjakan untuk pembangunan ummah. Dan tidak hanya untuk disimpan sahaja.
3. Umat Islam hendaklah sentiasa bersabar didalam menghadapi segala cubaan yang diberikan oleh Allah SWT. Serta berusaha untuk mengatasinya dari masa kesemasa.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia