Monday, December 7, 2009

keluhan....

Keluhan seorang daie

Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun,
adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku
andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat.
Berapa banyak usahaku ini
berbanding usaha Hassan al-Banna.

Layakkah aku untuk berasa letih?




Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah
menemui jalan buntu.

Namun,
adakah layak untuk aku kecewa?

Sedangkan Rasulullah S.A.W.
yang ditolak oleh kaum sendiri pun
tidak berputus asa dalam perjuangan.

siapalah aku untuk kecewa?



Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun,
layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk,
bagaimana dengan Imam Syafie',
Imam Ghazali
dan Imam Nawawi?
Apalah aku dibanding dgn mereka
yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini
apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.

Namun,
apalah erti kepedihan ini

dibandingkan dengan Bilal bin Rabah
yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?



Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar
yang dijalankan tidak diendahkan.

Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah,
hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya,
namun,
adakah baginda berputus asa?



Adakah kita selaku pendakwah ini
selalu mengeluh?
Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri,
kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah.
Kontrak seumur hidup.
Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.



Jadi,
mengapakah kita mengeluh?

Tiada alasan untukku berputus asa.



Hanya ada SATU jalan untukku.


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

No comments:

Post a Comment