Thursday, January 28, 2010

mahukah kita pemimpin begini?

Assalamualaikum..huh!!..dh bersarang betul blog ni..sarang ape ntah..dh bercampur baur sarang mcm² nate(binatang dlm loghat kelantan)..huhu..sorry (asif jiddan)..dari awal bulan 1 sampai tengah bln 1 ana sakit, dan dari tengah bln 1 sampai skrg, tak tau nk post apa..hehe..Alhamdulillah ana dh ok skit dan dapat idea dari sheikh ketika klas..akhirnya dapatlah ana update.. :D

Tika satu muhadharah yg ana ikut, seorang sheikh bertanya pada semua pelajar dalam kelas ana..

sheikh: Antum tau tak siapa khalifah yang paling adil diantara keempat khalifah ar-rasyidin?

kelas : ma na'rif..

sheikh :ok..khalifah yang paling adil bagi ana ialah khalifah Umar. Tau x kenapa?

kelas : ma na'rif aidon..

sheikh : ...sebab khalifah Umar selalu keluar malam untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyatnya serta melihat apa masalah rakyatnya. Pada satu malam khalifah Umar berjalan dengan seorang sahabat(x ingt nama) seperti sebelumnya. Ketika khalifah Umar berhirasah, ada seorang ibu tengah memasak sesuatu untuk anak²nya yang sedang menangis. Khalifah Umar dan sahabatnya pun pergi ke-arah ibu tersebut. Maka khalifah Umar pun bertanya pada ibu tersebut:-

Khalifah Umar : Wahai makcik, apa yang sedang makcik lakukan?

Makcik : Saya sedang memasak untuk anak² saya yang dalam kelaparan..

Khalifah Umar : apa yang makcik masak?

Makcik : Saya sedang memasak batu² kecil sehingga anak² saya tertidur..

Khalifah Umar : kenapa makcik masak batu² kecil?

Makcik : sebab saya kehabisan makanan utk diberi kepada anak² saya..

Maka ketika itu juga khalifah Umar sedih dan menangis apabila mendengar ada rakyatnya menderita sebegini..terus khalifah Umar pergi ke baitul-mal untuk mengambil seguni makanan untuk keluarga makcik tersebut..selepas mengambil makanan dari baitul-mal tersebut, khalifah Umar menjinjing sendiri di bahunya pergi kearah makcik tersebut. Dalam perjalanan pergi ke rumah makcik tersebut, sahabatnya meminta untuk menjinjing guni tersebut. Umar pun menjawab:-

"Biar saya menjinjingnya sendiri, kerana ini tugas saya dan amanah saya sebagai khalifah kerana nanti kelak saya akan ditanya,"

Apabila sampai di rumah makcik tersebut, khalifah Umar keluarkan sedikit makanan dari guni itu dan masak sendiri untuk keluarga tersebut dan menghidangkan untuk makcik dan anak²nya..setelah habis hidang/makan, makcik itu pun berkata kepada khalifah Umar:-

makcik : "sepatutnya kamulah yang sepatutnya layak menggantikan khalifah yang ada sekarang, entah² khalifah sekarang sedang sedap tidur lena di rumahnya(suara bernada marah).." (masa itu makcik ni x tau siapa khalifah).

Khalifah Umar : ok, kalau macam tu, esok makcik pergi jumpa khalifah tu, cakap kat khalifah bahawa saya lebih layak..."

keesokan harinya makcik itu pun pergi jumpa khalifah..sampai² (ketika itu khalifah Umar sedang berbincang dengan sahabatnya) makcik itu pun bertanya pada semua orang yang ada di sekeliling khalifah Umar..

makcik : "Dimanakah khalifah?"

para sahabat : "itu dia khalifah(sambil menunjuk dengan jari)"

makcik : hah!! tu ke khalifah? orang yang menghantar kepadaku guni makanan semalam..??

khalifah Umar : Ya, itu saya..

Maka makcik itu pun balik dengan muka merah(tanda malu)...

Dalam cerita ni, kita boleh lihat betapa adilnya pemimpin² dahulu..mereka lakukan tugasan meraka sebagai pemimpin dengan baik kerana mereka tahu kelak akan ditanya apa yg telah dilakukan mereka setelah mereka dilantik pemimpin..ini tandanya betapa hebatnya anak didikan Rasulullah s.w.t yg sentiasa berjaga² disetiap langkah mereka..dan semua sifat itu dapat dari kefahaman mereka syumul dalam agama Islam dan tidak lain tak bukan mereka sentiasa ingat mati dalam hidup mereka..

Sabda Rasulullah "Sesiapa yang mengingati kematian, mereka itulah orang paling cerdik,"

Wallahu A'lam..

Thesaurus Arabic :

syumul : keseluruhan
ma na'rif : kami tak tahu
asif jiddan : maaf banyak²
sheikh : guru/cikgu

2 comments: